Home / :BLOG: / BILA DAP AKHIRNYA MENGGELUPUR

BILA DAP AKHIRNYA MENGGELUPUR

  1. Waktu mula-mula kes rogol Paul Yong timbul, DAP Perak melalui Pengerusinya Nga Kor Ming menyebut pada 9 Julai bahawa DAP Perak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes tersebut.

Nga Kor Ming juga berjanji bahawa tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap Paul Young bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya keperluan untuk Paul Yong bercuti, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, juga menyebut “baik di peringkat parti atau pimpinan negeri, kita akan tunggu hasil siasatan oleh pihak polis”.

Sekarang bila hasil siasatan oleh pihak polis selesai dan Paul Yong dituduh di mahkamah kerana merogol, alih-alih beliau menuduh polis yang terlibat dalam siasatan kes beliau sebagai tidak profesional pula.

Tegas Paul Yong dalam menyalahkan pihak polis sebagai punca beliau didakwa, “kalau polis jalankan siasatan dengan profesional maka hari ini saya tidak dituduh di mahkamah”.

Soalnya mengapa sekarang baru berbangkit isu kononnya pihak polis tidak profesional sedangkan pihak polis telah tiga kali menambahbaik siasatan mereka berdasarkan kehendak pejabat pendakwaan.

Begitu juga kalau mahu dikatakan ada unsur tidak adil dalam siasatan ia langsung tidak berbangkit kerana pegawai penyiasat (investigating officer) dalam kes ini bukanlah ASP Ali atau ASP Ahmad tetapi ASP Yap Siew Cheng.

Paul Young juga bertanya, “mengapa saya mahu berhenti? Apa sebab saya mahu cuti?”, sambil menyebut, “saya masih lagi EXCO Kerajaan negeri, saya mewakili rakyat”.

Soal hormat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu, yang meminta beliau bercuti itu satu hal, tetapi lebih penting lagi ialah soal janji Nga Kor Ming dan Lim Guan Eng bahawa tindakan akan diambil terhadap Paul Yong jika hasil siasatan pihak polis mendapati ada kes terhadap beliau.

Tidak berbangkit soal siapa berada di belakang laporan polis terhadap Paul Yong kerana yang berbangkit sekarang hanyalah sama ada laporan polis itu benar atau tidak sahaja.

Apatah lagi bila Paul Yong sendiri, walaupun menyebut “saya lebih kurang tahu siapa di belakang ini”, juga secara terbuka sudah mengakui “saya tak ada bukti yang kukuh” mengenainya.

Jika DAP berintegriti, DAP sepatutnya akur kepada keprofesionalan pihak polis dan mengambil tindakan seperti dijanjikan terhadap Paul Young berdasarkan hasil siasatan pihak polis ini.

Bila sudah menggelupur pihak polis pula yang disalahkan.

Loading...