Berdasarkan kemas kini ranking terkini yang dikeluarkan laman sesawang UCI; www.uci.org, hari ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu di tempat kedua dengan 2,560 mata, di belakang penunggang Jepun, Nitta Yudai di tangga teratas dengan 2,740 mata dalam acara keirin.

Bagaimanapun rakan sepasukan Yudai, Yuta Wakimoto, turun satu anak tangga ke tempat ketiga dengan mengumpul 2,528.5 mata.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-20 dengan 1,581 mata.

Dalam ranking acara pecut, Mohd Azizulhasni juga mempamerkan peningkatan dengan melompat dua anak tangga ke kedudukan ke-20 dengan 1,596 mata sementara Muhammad Shah Firdaus meningkat dengan ketara untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan melonjak tujuh anak tangga ke tempat ke-26 dengan 1,357 mata.

Kedudukan terkini kedua-dua pelumba negara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka memperoleh keputusan yang positif dalam tiga kejohanan bulan lepas, Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dan Piala Grand Prix Asia Tenggara yang berlangsung di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan selain China Track Cup International One di Beijing.

Sementara Terengganu Cycling Team (TSG) merampas tempat teratas dalam Ranking Jelajah Asia UCI (lumba lebuh raya) daripada satu lagi pasukan tempatan Sapura Cycling Team (TSC) dengan mengumpul 1,928 mata sementara pasukan kedua memperoleh 1,883.97 mata. – BERNAMA

RANKING UCI

KEIRIN

1. Nitta Yudai (JPN) 2,740 mata

2. AZIZULHASNI AWANG (MAS) 2,560 mata

3. Yuta Wakimoto (JPN) 2528.5 mata

—————————————–

74. Mohamad Shahriz Efendi Shahrin 630 mata

82. Muhammad Fadhil Zonis 570 mata

PECUT

1. Harrie Lavreysen (NED) 3,410 mata

2. Jeffrey Hoogland (NED) 3,235 mata

3. Matthew Glaetzer (AUS) 3,062.5 mata

—————————————-

20. Azizulhasni Awang 1,596 mata

26. Muhammad Shah Firdaus Sahrom 1,357 mata

112. Muhammad Fadhil Mohd. Zonis 432 mata

132. Mohammad Shahriz Efendi Shahrin 350 mata