No menu items!
More

    AWAS! Mark Up nampak?

    KENYATAAN MEDIA

    1.Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan, menteri-menterinya “buat silap kenyataan” dan “kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baharu” membuat kita  terfikir, apakah perkara ini disengajakan?

    2. Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran. Tak kan sesama menteri tak ada perbincangan atau consultation? Takkan setiausaha-setiausaha yang dibayar ribuan gaji, tidak buat semakan? Takkan lah kerajaan sendiri tak ada satu sekretariat yang boleh memantau atau monitor kenyataan kenyataan yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh pak menteri?

    3. Percanggahan kenyataan atau kenyataan “half past six” pak menteri-menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan atau ‘HuruHara” ini bukan kali pertama berlaku. Bermula daripada kenyataan pasal stokin dan kasut hitam putih, hutang negara yang sekejap trilion sekejap bilion, status aset pertahanan negara, bayaran duit peneroka, hinggalah yang terbaru pasal ECRL,  pak-pak menteri nampaknya main cakap sedap hati saja, tanpa melihat impaknya kepada tahap intelektual rakyat.

    4. Rakyat Malaysia pada zaman milineum sudah celik siber ini tidak suka diperbodoh-bodohkan dengan kenyataan “suku masak” kerana mereka sebenarnya tahu dan dapat melihat apa yang berlaku. Malah ada rakyat yang menepuk dahi ketawa apabila seorang timbalan menteri berkata, hasil susu getah boleh meningkat pada musim tengkujuh kerana pokok getah masih boleh ditoreh !

    5. Ada pula timbalan menteri lain yang kata ekonomi Malaysia sekarang masih okay, sedangkan rakyat di bawah merana dan bergelut kerana kos sara yang meningkat. Ada pula pemimpin yang asyik keluar negara, sedangkan perbelanjaan minyak pesawat itu boleh dihalakan kepada meringankan beban hidup rakyat.

    6. Namun apa lebih menarik yang ingin kita ketahui di sini adalah, apakah kriteria pemilihan pak-pak menteri ini semasa pelantikan dibuat? Faktor kebijaksanaan atas  kertas atau pengalaman? Atau berdasarkan kekananan jawatan dalam parti?

    7. Jika diamati, majoriti kenyataan lintang-pukang ini datangnya dari pemimpin atau menteri yang belum “masak” dalam mentadbir negara. Tetapi anehnya, ada juga kenyataan itu datang dari pemimpin yang sudah “terlebih masak”, terbaru kenyataan ECRL dan juga status kewarganegaraan Orang Asli oleh “Uncle Lim”.

    8. Satu persoalan yang cukup menarik untuk diteroka. Apakah semua kenyataan ni bertujuan memalukan Dr Mahathir? Menteri DAP sengaja tersilap cakap? Menteri Amanah atau PKR sengaja mengeluarkan kenyataan silap? Adakah semua ini sabotaj kepada Perdana Menteri?  Amat menyedihkan.

    9. Sebagai rujukan, semasa pemilihan menteri-menteri dan timbalan menteri ini dibuat, semua pemimpin parti membuat kenyataan “menyerahkan keputusan itu kepada kebijaksanaan Dr Mahathir (Perdana Menteri) tanpa bantahan.

    10. Sedangkan, jauh di benak hati kita, mestilah ada kalangan pemimpin atau ketua ketua DAP, PPBM, PKR, Amanah itu tahu kemampuan sebenar anak buah mereka. Kalau ada kalangan anak buah itu diketahui tidak kompeten dan mereka dimasukkan dalam senarai Dr Mahathir, maka sudah tentulah Dr Mahathir disabotaj oleh parti-parti komponen nya sendiri dari awal !

    11. Rakyat sedang memerhatikan  pelbagai adegan ‘flip flop’ kerajaan Pakatan HuruHara. Bermacam drama u-turn, s-turn dan batal janji  yang berlaku, sehinggakan bukan saja pelabur yang was-was untuk melabur, malahan kakitangan kerajaan dan orang awam sendiri keliru dan haru biru.

    12. Apakah ini seolah-olah balasan yang didatangkan ke atas sebuah kerajaan yang didirikan atas asas-asas fitnah? Apakah sabotaj dalaman kepada pentadbiran Dr Mahathir oleh DAP, Amanah, PKR ini akan berterusan ? Sama-sama kita saksikan.

    Jabatan Komunikasi Strategik
    Penerangan UMNO Malaysia
    30 Januari 2019.

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.