Home / Najib Razak / Aset Tabung Haji Jatuh RM2.5 Bilion, Tolong Buat Kerja

Aset Tabung Haji Jatuh RM2.5 Bilion, Tolong Buat Kerja

Saya baca Tabung Haji telah mengumumkan prestasi mereka untuk 6 bulan pertama tahun 2019 pagi tadi.

Setakat 30hb Jun 2019
– Aset: RM74 bilion
– Liabiliti RM72.2 bilion
– Pendapatan: RM1.3 bilion (6 bulan)
– Keuntungan: RM815 juga (6 bulan)
https://www.malaysiakini.com/news/485341

Semasa mengumumkan Hibah 1.25% dengan gembiranya beberapa bulan dahulu, Menteri Jaga Agama beritahu bahawa prestasi Tabung Haji untuk tahun 2018 adalah:

– Aset: RM76.5 bilion
– Liabiliti RM75.5 bilion
– Pendapatan: RM4.2 bilion (seluruh tahun 2018)
– Keuntungan: RM2 bilion (seluruh tahun 2018)
http://www.astroawani.com/berita-dunia/1-25-peratus-hibah-terendah-dalam-sejarah-tabung-haji-203389

Ini bermakna jumlah aset Tabung Haji telah jatuh RM2.5 bilion sejak akhir tahun 2018.

Dana sebanyak RM3.3 bilion juga telah dikeluarkan oleh pendeposit sejak akhir tahun lepas.

Manakala keuntungan untuk 6 bulan pertama tahun 2019 ini masih belum capai 50% dari jumlah keuntungan keseluruhan tahun lepas di mana kita dapat Hibah 1.25%.

Nampaknya peluang kita mendapat Hibah yang jauh lebih tinggi untuk tahun 2019 ini berbanding kadar 1.25% tahun lepas masih belum cerah.

Menteri Jaga Agama, sila buat kerja.

Loading...