Home / :BLOG: / Apa fungsi sebenar Majlis Tindakan Ekonomi?

Apa fungsi sebenar Majlis Tindakan Ekonomi?

Sebanyak 10 soalan dibangkitkan susulan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi, semalam.

Antara soalan tersebut adalah sama ada majlis berkenaan boleh menaikkan harga minyak sawit yang ketika ini berharga RM2,000 satu tan, kembalikan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan mengembalikan pengagihan sara hidup warga Felda secara konsisten.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, fungsi dan peranan majlis itu turut dipersoalkan kerana bercanggah dengan kenyataan berulang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selama ini bahawa ekonomi negara dalam keadaan yang kukuh.
“Majlis Tindakan Ekonomi pernah diwujudkan oleh Perdana Menteri Keempat pada tahun 1998 untuk bantu Malaysia untuk keluar dari krisis kewangan Asia.
“Tapi sekarang, Menteri Kewangan asyik ulang ekonomi Malaysia dalam keadaan kukuh. Entah apa fungsi dan peranan majlis yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Ketujuh kali ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Shahril Sufian, berkemungkinan besar juga majlis itu ditubuhkan kerana 28 menteri dan 27 timbalan menteri PH tidak mencukupi untuk memikirkan masalah negara.
“Boleh yakinkan atlet-atlet yang tertunggu bantuan Kerajaan? Boleh bantu perkasakan sekolah tahfiz yang menunggu bantuan setanding sekolah persendirian Cina?
“Boleh tunaikan janji penangguhan bayaran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Boleh selesaikan kes ijazah palsu atau nak tambah lagi geng beli ijazah Cambridge rumah kedai?” soalnya. – UTUSAN ONLINE.

Loading...