Wednesday , September 18 2019
Home / :BLOG: / Anwar sahkan ugutan RM400,000

Anwar sahkan ugutan RM400,000

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 sekiranya enggan buku ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ diterbitkan dan didedahkan kepada umum.

Menurutnya, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul telah membuat laporan polis petang tadi dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sekarang dia (Johari) dah buat laporan polis (terhadap) orang yang jadi penulis picisan, dibayar, diupah.

Masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan wajar
“(Adakah Datuk Seri maklum dengan ugutan itu?) Ya, dan polis harus siasat.
“Dia ugut, kita tak bayar RM400,000, dia akan publish (terbitkan buku itu),” katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia – India di sini malam tadi.

Petang tadi, Johari mendedahkan sebuah manuskrip bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ dihantar kepada beliau pada 10 Jun lepas.
Menurut Johari, penulis tersebut, difahamkan Yahaya Ismail turut menghubunginya dan memintanya berjumpa dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Yahaya telah menghubungi saya untuk meminta saya berjumpa Anwar dan memaklumkan kepada Anwar bahawa dia telah siap buku ini dan ada pihak yang telah menawarkan kepadanya wang berjumlah RM400,000.

“Kalau Anwar tingkatkan sedikit jumlah wang tersebut, dia bersedia menyerahkan manuskrip tersebut kepada Anwar, maknanya ini ada elemen peras ugut.

“Saya harap polis akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini petang tadi.

Loading...