Home / Berita / Akhirnya Zakir Naik Dilarang Untuk Berdakwah Diseluruh Negara, Tamparan Buat Ummah!
Zakir Naik di Soal Siasat Polis

Akhirnya Zakir Naik Dilarang Untuk Berdakwah Diseluruh Negara, Tamparan Buat Ummah!

Kuala Lumpur 20 Ogos: Penceramah dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik dilarang oleh polis daripada memberikan ceramah umum di seluruh Malaysia berdasarkan laporan.

The Malay Mail memetik ketua Komunikasi Koperat Bukit Aman, Asmawati Ahmad yang mengesahkan arahan tersebut demi kepentingan keselamatan negara.

“Ya, pesanan sedemikian telah diberikan kepada semua kontinjen polis, dan ini dilakukan demi kepentingan keselamatan negara dan menjaga keharmonian kaum,” Asmawati.

Arahan untuk mengharamkan Zakir daripada bercakap di khalayak ramai dilaporkan dikeluarkan melalui satu pekeliling kepada semua kontinjen polis di seluruh negara.

Pada 8 Ogos lepas di Kelantan, Dr Zakir Naik dilaporkan berkata bahawa orang Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa masyarakat Cina adalah “tetamu lama” di Malaysia dan harus balik sebelum meminta “tetamu baru” seperti beliau balik.

Walau bagaimanapun Dr Zakir berkata media telah melaporkan hal tersebut di luar konteks.

Mahathir semalam berkata bahawa pendakwah terbabi telah melibatkan diri dalam  “politik perkauman” dan sebagai penduduk tetap di negara ini, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

Zakir sedang disiasat oleh polis selepas 115 laporan dibuat terhadap kenyataannya.

Semalam beliau kali kedua hadir memberikan keterangan di Bukit Aman dimana proses tersebut berlangsung selama lebih 10 Jam!

Petikan dari Buletin TTKM

Loading...