• About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 
Subscribe
#MaluApaBossKu
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
#MaluApaBossKu

Home NASIONAL

Agong berlepas pulang selepas lawatan khas yang berjaya di Arab Saudi

Agong berlepas pulang selepas lawatan khas yang berjaya di Arab Saudi
Monday, Jul 15, 2019
Admin BossKubyAdmin BossKu
315 10
1 min read

JEDDAH, 15 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlepas pulang ke tanah air selepas melakukan lawatan khas tiga hari dengan jayanya di Arab Saudi.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut oleh Gabenor Jeddah Putera Mashel bin Majed bin AbdulAziz di Terminal Diraja Lpangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini sebelum meneruskan perjumpaan ringkas dan berlepas dengan menaiki sebuah pesawat khas pada pukul 8,00 pagi waktu tempatan, Ahad (1 pagi waktu Malaysia hari ini, Isnin). 

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda dalam pesawat itu ialah anakanda Baginda, Tengku Amir Nasser, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram.

Terdahulu pada Ahad, semasa pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Sultan Abdullah antara lain menyatakan terima kasih dan berpuas hati dengan lawatan berkenaan.

Lawatan sulung Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah atas jemputan Raja Salman sendiri dilihat meningkatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin sejak 1957.

Sultan Abdullah bersama rombongan tiba di Arab Saudi pada Jumaat untuk lawatan khas tiga hari.

Jadual lawatan Seri Paduka Baginda bermula dengan ketibaan Baginda di Madinah, di mana Sultan Abdullah melawat makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi dan mengerjakan solah Jumaat sebelum berlepas ke Jeddah pada Sabtu dan mengerjakan Umrah di Makkah pada hari yang sama.

Sementara itu, Saifuddin ketika diminta mengulas mengenai lawatan itu sebelum berlepas pulang bersama Seri Paduka Baginda berkata, tujuan utama lawatan itu ialah bagi mengadakan perjumpaan dengan Raja Salman, yang dilakukan hari ini.

“Dalam pertemuan itu, Agong mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberikan kita begitu banyak keistimewaan, dari segi kuota haji dan Malaysia adalah negara pertama dipilih Arab Saudi menggunakan ‘e-clearance’ yang bermula sejak 2017.

“Ini pertemuan yang sangat simbolik yang meningkatkan hubungan sedia ada antara kedua-dua negara,” katanya.

— BERNAMA

Tags: ArabDiplomatikUmrahYang DiPertuan Agong
Previous Post

Remos – Kambing Kacak Yang Pemalu

Next Post

#Bossku Kerajaan PH adalah Kerajaan Kangaroo

Related Posts

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Kemenangan Cemerlang BN di DUN N.23 Chini

Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]

ADVERTISEMENT

SERING DIBACA

  • Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    1083 shares
    Share 433 Tweet 271
  • Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; SJKC PALING CERDIK?

    1093 shares
    Share 456 Tweet 266
  • Penjualan asset dan Govt Spending – Najib Saari

    1108 shares
    Share 477 Tweet 263
  • PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING – SAMTTAR

    1106 shares
    Share 474 Tweet 263
  • Cikgu-cikgu merajuk “Lepas ni Tak Payah Rotan dah” [VIDEO]

    1053 shares
    Share 421 Tweet 263

TERKINI

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020
Bicara kes 1MDB Najib bermula hari ini

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Tuesday, Jul 7, 2020
Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Tuesday, Jul 7, 2020

Next Post
#Bossku Kerajaan PH adalah Kerajaan Kangaroo

#Bossku Kerajaan PH adalah Kerajaan Kangaroo

#Bossku Tidak Rompak – Sah bayar RM6 Bilion dari RM19.4 Bilion awal Tahun 2019

#Bossku Tidak Rompak - Sah bayar RM6 Bilion dari RM19.4 Bilion awal Tahun 2019

#MaluApaBossKu

© 2020 KERIS MELAYU .

Navigate Site

  • About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 

Follow Us

  • Login
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO

© 2020 KERIS MELAYU .

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In