Home / :BLOG: / #Bossku Pertemuan bersama Pasangan Kempen Mansuh Tol

#Bossku Pertemuan bersama Pasangan Kempen Mansuh Tol

Hari tu Malaysiakini buat berita.

Mereka sangat berminat dengan respons saudara Mohd Affandi Ramli atau nama penanya Ronasina terhadap saya setelah saya menulis mengenai kempen mansuh tol yang menggunakan gambar beliau.

Setiap hari banyak yang saya tulis mengenai PTPTN, matawang ringgit, puluhan ribu kehilangan pekerjaan, Malaysiakini tak lapor pula.

Tak apalah. Mungkin ada sebabnya sesetengah media hari ini tidak berani melapor suara-suara terhadap kerajaan PH.

Hari ini saya berkesempatan berjumpa dengan saudara Ronasina dan keluarga.

Beliau bersama isterinya, Raja Rohaisham ada menubuhkan sebuah NGO – Hope 2 Walk bagi membantu anak-anak OKU agar diberikan bantuan dan pendidikan.

Kami juga ada menyentuh sedikit mengenai usaha PERMATA dahulu.

PERMATA ini ditubuhkan untuk membantu anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah, dan yang memerlukan pendidikan khas, misalnya anak-anak autistik.

Kerajaan BN pada ketika itu tidak mahu ada mana-mana kanak-kanak yang tercicir dan ketinggalan.

Setiap anak Malaysia berhak untuk mendapatkan akses kepada pendidikan dan mendapat perlindungan.

Sebagai kerajaan, ia adalah tanggungjawab kami untuk menyediakannya, memastikannya dan menjayakannya.

Hari ini, Maszlee tak selesa dengan nama PERMATA, so dia tukar jadi GENIUS.

Bolehlah. Suka hati dia.

Asalkan anak-anak kita terus mendapat manfaat.

Terima kasih saudara Ronasina kerana sudi berjumpa.

Semoga kita dapat melupakan yang lepas dan mara ke hadapan bersama.

Sama-sama kita berusaha untuk anak-anak Malaysia, masa depan generasi baru.

Loading...